Tuesday, December 21, 2010

Qalbun Salim:Hikmah Angka 5


~5 PERKARA YANG MESTI DIJAGA~

1.Agama
2.Jiwa
3.Maruah & Keturunan
4.Akal
5.Harta


^5 PESANAN ALLAH KEPADA RASULULLAH^
(Pada malam baginda diMikrajkan,allah berpesan kepada baginda dengan 5 perkara : )

*Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
*Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku
*Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
*Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
*Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

*5 PERTANYAAN MESTI DIJAWAB*

^ Apakah anda mampu menegur tanpa menimbulkan kemarahan?
^ Apakah anda mampu menolak tanpa mengecilkan hati?
^ Apakah anda mampu tertawa bersama bila kelucuan itu menyangkut diri anda sendiri?
^ Apakah anda mampu memelihara semangat jika menghadapi suatu kegagalan?
^ Apakah anda mampu tenang ketika menghadapi situasi darurat?

>5 PENAWAR KEPADA HATI<

> Bergaul dengan orang soleh
> Membaca Al-quran
> Mengosongkan perut
> Qiyamullail
> Bermunajat kepada Allah di waktu dinihari

} 5 PENYAKIT ORANG BERHARTA {

} Panjang angan-angan
} Tamak
} Bakhil
} Tiada sifat wara'
} Lupa akhirat

= 5 PUNCA KECELAKAAN IBLIS =

= tidak mengaku berdosa
= Tidak menyesal terhadap dosa.
= Sombong & tidak rasa hina diri
= Enggan bertaubat
= Putus asa terhadap rahmat Allah

] 5 PERKARA YANG TIDAK BOLEH DITANGGUH [

] Melayan & menjamu tetamu
] Mengurus Jenazah
] melunasi hutang
] Mengahwinkan anak perempuan apabila ia baligh
] Segera bertaubat

~ 5 RUKUN KECEMERLANGAN ~

~ Amanah
~ Kemesraan
~ Kepimpinan unggul
~ Akhlak mulia
~ Keperkasaan Jiwa


No comments:

Post a Comment