Monday, December 27, 2010

Penemuan Sains Membenarkan Al-Quran


Ana terbaca satu artikel yang agak menarik untuk dikongsi.Sampaikan walau satu ayat.Renung2kan.......



Penemuan-penemuan semasa perlu dimanfaatkan untuk mengukuhkan kefahaman berhubung sesuatu ayat serta sekaligus menampakkan keunggulan Al-Quran.Terdapat banyak ayat berkaitan dengan alam dan sains yang baru difahami pada hari ini antaranya ayat yang berkaitan dengan pengembangan alam.Allah SWT berfirman dengan maksud,"Dan langit Kami bangun dengan kekuasaan Kami dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya...."dalam surah Az-Zariyat ayat 47.Ayat ini menceritakan pengembangan alam dan sehubungan dengan ini As-Syeikh Said Hawa dalam "Al-asas fit Tafsir" berkata,"(Maksud ayat ini ialah)langit Allah SWT jadikan dalam keadaan mengembang secara berterusan.Ia juga bermaksud langit diluaskan oleh Allah SWT.Ayat ini ialah mukjizat berhubung kejadian alam...Ia menunjukkan ilmu Al-Quran amat jauh kehadapan,melampaui tempat serta zaman.Jika ada sesiapa menolak Al-Quran kerana menyangka dirinya maju dengan sainsnya,eloklah jika dia menilai semula dirinya sebelum terlambat."Pada tahun 1929M.tokoh astronomi dari Amerika,Edwin Hubble,dengan menggunakan alat yang canggih mendapati alam ini sebenarnya sedang mengembang.Semakin jauh sesebuah galaksi daripada bumi semakin cepat proses pengembangannya.Pada bulan Mei 9 1996,satu kenyataan akhbar dikeluarkan berhubung dengan teori pengembangan alam.Dua kumpulan saintis peringkat antarabangsa membuat kajian dengan menggunakan alat teleskop Hubble(NASA's Hubble Space Telescope) dan mereka mengesahkan teori ini.Malah mereka dapat mengukur kelajuan pengembangan alam ini sekaligus membenarkan firman Allah SWT.Sehubungan dengan ini penemuan-penemuan sains yang relevan perlu juga dimanfaatkan untuk memantapkan kefahaman berhubung sesuatu hukum,contohnya hukum pengaharaman babi.Allah SWT berfirman dengan maksud,"Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai,darah yang mengalir dan daging babi."SURAH AL-BAQARAH AYAT 173.Dalam 'Journal of Vorology-1997,'dipaparkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar sains yang dipimpin oleh DR.Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin.Penemuan mereka menunjukkan pada kerongkong babi ada sistem tertentu yang membolehkan virus yang berbagai-bagai,sama ada dari burung ataupun binatang lain memasukinya.Sistem ini mengubah kuman itu kepada suatu bentuk yang amat merbahaya bagi manusia.Justeru saintis menganggap babi sebagai 'mixing vessel' atau 'bahtera takung kuman' yang amat merbahaya bagi manusia.Fakta seperti ini membantu ke arah mengukuhkan kefahaman serta keyakinan berhubung hukum-hakam islam.

Ayat Al-Quran berhubung sains disahkan benar oleh saintis kontemporari.Profesor T.V.N Persaud ialah pakar dalam bidang astronomi dan Kesihatan Kanak-kanak di Universiti Manitoba,Kanada.Beliau mengarang lebih daripada 20 buku serta menulis lebih kurang 180 artikel berhubung sains.Pada tahun 1991 beliau dianugerahkan J.C.B Grant Award kerana sumbangannya dalam bidang sains.Selepas mengamati ayat-ayat Al-Quran berhubung kejadian manusia,beliau berkata,"Ia begitu tepat dengan penemuan semasa dan perkara ini tidak mungkin berlaku secara kebetulan.Saya tidak ada maslah untuk mengatakan ia pasti datang dari Tuhan."

No comments:

Post a Comment