Setelah itu baginda menoleh kebelakangnya,maka terpandanglah seekor anak anjing sedang tidur di sudut rumahnya lalu baginda pun berkata,"Wahai Aisyah! Sejak bilakah anak anjing ini tidur disini?" Jawab Aisyah,Wallah! Aku sendir tidak menyedari tentangnya."
Rasulullah kemudiannya menyuruh Aisya menghalau anak anjing itu keluar.Setelah anak anjing itu keluar,barulah Jibril A.S masuk.Rasulullah S.A.W berkata kepada Jibril,"Kenapakah kamu tidak datang pada waktu yang telah dijanjikan,ini membuatkan aku tertunggu-tunggu."
Jawab Jibril A.S "Aku tidak dapat masuk kerana terhalang oleh anak anjing tadi,Kami malaikat tidak akan masuk ke dalam sebuah rumah yang di dalamnya ada anjing,patung-patung binatang ataupun gambar-gambar."