Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya:
“Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu apinya”. Sayyidatina Aisyah bertanya, “mengapa, wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah SAW:
- Kerana kebanyakkan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja di rumah.
- Tiada memuji (bersyukur atau berterima kasih) di atas segala kemurahan Allah yg didatangkan melalui suaminya. (jarang terdapat orang perempuan yg mahu mengucapkan terima kasih diatas pemberian suami).
- Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya apabila berlaku sesuatu pertengkaran, ada isteri yg berkata: “sudah 10 tahun kahwin dengan awak, tak ada apa-apa pun”).
- Gemar bercakap perkara yg sia-sia yg berdosa. (Contohnya bercakap mengenai perabot-perabot rumah yg tidak perlu dan mengumpat).
- Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam beragama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan-kemewahan lahir.
No comments:
Post a Comment