Friday, October 15, 2010

BaLaSan Untuk aNak DerHAka..

Kali ini akan tulis sikit cerita benar tentang apa yang berlaku kepada anak yang derhaka.Sma2 kita amek iktibar dari cerita yang saye cube smpaikan ini

Semasa mengetuai satu rombongan ke Tanah Suci tidak berapa dulu,saya terserempak Mak cik Salmah,warga tua berusia lewat 70-an.Katanya dia menyertai rombongan bersama anaknya,Farouk.Mulanya saya tak kenal siapa Mak cik Salmah,tapi setelah dia bercerita lebih lanjut tentang keluarga dan asal usulnya,barulah saya teringat siapa wanita ini sebenarnya.

Keluarga saya pernah mengenalinya sebelum ini kerana kami pernah tinggal berdekatan suatu ketika dulu.Bagaimanapun kami tidaklah rapat sangat.

Usahkan Farouk yang usianya lebih tua dari saya,anak Mak cik Salmah yang sebaya pun tak kenal saya.Farouk tinggal di Kuala Lumpur,seorang tokoh korporat berjaya,begitu juga adik-adiknya yang lain.Pendek kata Mak cik Salmah bukanlah org susah seperti keluarga saya.

Suatu pagi semasa di Madinah seorang rakan datang ke bilik saya,memberutahu ada seorang jemaah demam.Saya terkejut kerana yang sakit itu Mak cik Salmah.Setelah memberikan khidmat nasihat dan ubat,saya cadangkan Makcik Salmah ke klinik.Tapi dia enggan,berbagai-bagai dalih diberikannya.
"Kenapa tak bagi tau anak makcik,Farouk?"tanya saya setelah agak lama berbual dengan mak cik Salmah.Kawan-kawan sebiliknya semua sudah ke masjid.

Ibu tua itu membisu,cuma air matanya menjawab.dipaling mukanya setelah merenung saya agak lama dan bahunya kemudian terhingut-hingut.
"Usah bagi tau dia..."kata Mak cik Salmah antara dengar dan tidak.
Menurutnya lagi,Farouk sudah berpesan:'Kalau ada masalah jumpa Tabung Haji,mak jangan kacau saya,"begitu kata Farouk pada hari pertama menjejakkan kaki di Madinah.

Cukup sedih saya mendengarnya.Tak tahu apa yang harus saya katakan.Mungkin kerana dia tahu siapa saya,tanpa segan silu Mak cik Salmah menceritakan pengalaman pahitnya bersama Farouk.
"Silap mak cik juga kerana beria-ria nak ikut,"katanya sedih.Saya pujuk dia bersabar
"Mak cik dah tua.Kalau mati dini pun tak apalah shukri,taklah menyusahkan Farouk lagi,"Mak cik Salmah merintih.

Terlalu kesian,saya minta seorang petugas wanita jaga Mak cik Salmah.

Daripada siasatan,saya mendapat tahu isteri Farouk,Julia,tidak senang dengan kehadiran Mak cik Salmah.Farouk pula terikut-ikut dengan gelagat Julia.Rupa-rupanya memang begitu hubungan Mak cik Salmah dengan menantunya sejak berkahwin dengan Farouk lebih 25 tahun lalu.Saya kerap melawat Mak cik Salmah,tapi untuk meminta Farouk bertemu ibunya saya tak sanggup.Sekali-skala semasa melawatnya,Mak cik Salmah menangis selepas menceritakan rasa kecewanya terhadap Farouk.

"Mak cik ingat nak menumpang anak,rupanya tak boleh.Mak cik sedih benar Shukri,rasa nak balik ke Malaysia saja..."luah Mak cik Salmah.
Masuk hari kelima Mak cik Salmah demam,Farouk datang menjenguknya,Secara kebetulan saya berada di bilik ibu malang itu.Cara dia melayan ibunya cukup menyedihkan.

"Ah.....demam sikit aja tu!"katanya. "Orang Tabung Haji tak Bawa ke hospital?"tanya Farouk lagi.

Terasa disindir,saya memberikan penjelasan.Tapi Farouk bersikap begitu angkuh mengatakan apa yang berlaku pada ibunya adalah tanggungjawab penganjur.saya hanya mengangguk.Berkat rajin memakan ubat,Mak cik Salmah akhirnya kebah.Dua hari kemudian dia sudah mampu berjalan ke masjid.Kalau tidak bersama rakan sebilik,dia akan bersama saya.Farouk entah kemana hilangnya,padahal biliknya dengan Makcik Salmah bukanlah jauh sangat.

Suatu hari selepas solat di MasjidilHaram,selipar mak cik Salamah hilang.Puas dia mencari tapi tak jumpa.Oleh kerana dia nampak Farouk di belakangnya,dia menunggu anaknya diluar.Tidak lama kemudian Farouk muncul.

"Farouk!selipar mak hilang!'kata ibu tua itu meminta simpati."alah mak ni....kalau dah hilang tak payah cari lagi.Belilah yang baru!"kata Farouk terus berlalu.

Saya pula tidak bertemu dengan Mak cik Salmah,Zuhur itu.Oleh kerana tiada siapa nak diharapkan,Makcik Salmah mengagah diri memijak aspal yang panas menuju bazar berdekatan.Selepas membeli selipar sekali lagi Mak cik Salmah mengetuk pintu bilik Farouk bertanya kalau-kalau ada krim yang boleh mengubati kakinya yang melecet.

"mak ni tak habis-habis dengan masalah!Mana nak cari benda tu?Mak ingat kita kat KL ke?"kata Farouk mempamerkan muka bengisnya.

Mak cik Salamh berlalu.Hatinya hancur lebur.Tidak pernah terfikir di kepalanya selama ini,anak sendiri bersikap begitu.Wanita tua itu merasakan dirinya seolah-olah tidak wujud dalam hidup Farouk.

'Kalau Shukri tak ada,tak taulah macam mana mak cik ni,"berkali-kali Mak cik Salmah berkata begitu,sewaktu bersiap-siap untuk berangkat pulang tanah air.Saya hanya diam.Terasa sebak juga mengenangkan perbuatan Farouk terhadap ibunya.

Beberapa hari pulang dari Tanah Suci saya mendapat khabar,Mak cik Salmah meninggal dunia dalam tidur.Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.Dua minggu kemudian saya berkesempatan ke kampung Mak cik Salmah,selai hajat menziarahi pusaranya,saya ingin bertemu kenalan lama yang ingin menceritakan sesuatu tentang Farouk.

Benarlah apa yang diceritakan penduduk kampung,Farouk hilang akal.Ketika berkunjung ke pusara Mak cik Salmah,saya nampak dari jauh seorang lelaki berjambang dan berkain pelekat tanpa baju meratap di sisi kubur ibunya.

'Makkkk......maafkan saya!maafkan saya mak!Di Mekah dulu saya banyak buat dosa dengan mak,ampunkan saya,"katanya berulang kali.Itulah Farouk.

Saya merasa sebak melihatnya.Menurut seorang saudara saya,Mak cik Salmah tak habis-habis menceritakan luka hatinya atas perbutan Farouk di Mekah kepada penduduk yang menziarahinya semasa baru pulang dari Mekah.Cerita-cerita ibunya sampai ke telinga Farouk,mungkin dia tersedar selepas kematian ibunya.Sejak kematian Mak cik Salmah,Farouk asyik menghabiskan masanya di kubur.
Setelah bertahun-tahun berlalu,sya dengar perniagaannya hancur.Dia muflis dan paling menyedihkan ,Julia meninggalkanya.Tidak kira siang atau malam,hujan atau panas,Farouk berada di kubur ibunya.Farouk seperti hilang akal.Puan anak-anaknya memujuk agar pulang ke Kuala Lumpur,tapi dia enggan.
Dua tahun lepas,saya dapar khabar Farouk meninggal dunia dalam keaddan fakir dan aib.Semasa nazak.Farouk masih terjerit-jerit meminta ampun daripada ibunya:"Ampunkan dosa saya mak!Ampunkan dosa saya mak!!!!!!"sehingga dia menutup mata.


Diceritakan oleh:
Haji Mohd. Shukri Haji Ali
TH travel & Services Sdn.Bhd
laman web:http//www.thts.com.my

No comments:

Post a Comment