Friday, October 15, 2010

Mut'ah

Pengertian Mut'ah

Al-Mut'ah berasal daripada kalimah al-mataa'.Maksudnya:Perkara yang menyukakan hati dan boleh dimanfaatkan.

Maksud mut'ah disini ialah harta yang suami wajib serahkan kepada isteri yang telah berpisah dengannya samaada dengan sebab talak(cerai) atau perpisahan.

Siapa yang berhak mendapat Mut'ah??

Mut'ah wajib diberikan kepada bekas isteri dalam keadaan:

1.Apabila diceraikan selepas berlaku persetubuhan.
2.Isteri diceraikan sebelum disetubuhi dan mas kahwin pula tidak disebutkan semasa akad nikah
3.Jika isteri dihukumkan supaya berpisah dengan suaminya.Perpisahan hendaklah disebabkan oleh suami seperti dia murtad atau meli'an isterinya(bersumpah menuduh isterinya berzina).Perpisahan juga hendaklah berlaku selepas persetubuhan atau sebelum bersetubuh tetapi mas kahwin tidak disebut dalam akad.

Jika isteri diceraikan sebelum persetubuhan dan mas kahwin disebut dalam akad nikah,isteri tidak berhak mendapat mut'ah.Ini kerana dia telah mendapat separuh daripada mas kahwin sedangkan dia masih belum memberikan apa-apa khidmat kepada suaminya.

No comments:

Post a Comment