Monday, September 5, 2011

Semester Baru Bakal Menjelang....Tugas sebagai pelajar menanti

Bila sebut mengenai perkataan "Menjelang" pasti ramai tidak sabar untuk menunggu hari kejadian.Bila Menjelang Hari Raya ramai menunggu ketibaan hari raya dengan penuh sabar untuk menanti hari yang mulia itu.Jadi aku sebagai pelajar,sedang menunggu hari semester baru yang akan menjelang.Nampaknya tugas sebagai pelajar universiti akan tiba tidak lama lagi.

Pada 7/9/2011, aku dan rakan-rakan jaksa kolej kediaman 1 USIM akan menyambut kedatangan Pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda yang baru.Jadi kami adalah pihak yang akan bertanggungjawab untuk kebajikan2 pelajar baru yang akan menghuni di kolej kediaman 1.Pada hematku dan pengalamanku,pelajar-pelajar ijazah sarjana muda yang baru ini pastinya tidak sabar untuk menanti hari yang akal menjelang tersebut.Maklumlah,masing-masing tidak sabar untuk berdiri di menara gading yang merupakan cita-cita ketika di zaman sekolah dahulu.Pastinya bila ditanya pelajar-pelajar sekolah,adakah mereka mahu belajar di menara gading?sudah semestinya mereka akan menjawab YA!!...ya sudah semestinya ya...

Selamat datang ku ucapakn kepada pelajar-pelajar yang bakal ke universiti sains islam malaysia.Ahlan wasahlan wa marhaban bikum.Nasihatku agar adik2,sahabat,abang2 dan kakak2 yang bakal masuk ke bumi USIM ini supaya teruskan momentum semangat anda hingga habis belajar.Jadikan USIM ini sebagai tempat untuk anda melatih diri untuk kehidupan yang bakal menjelang yang lebih mencabar.Sertailah apa2 program-program universiti kerana ia amat menyeronokkan.

p/s:untuk makluman sape2 adik2 ke,abg2 ke,akak2 ke yang mahu keluar ke nilai pada hari sabtu dan ahad yang xde kenderaan tuk keluar call la saye 0145161493 atau 0193243800..hehe...harge tambang seikhlas hati,dijamin puas hati,sabtu dan ahad sepenuh hari,isnin hingga jumaat pada malam hari je,sebab lau siang takut ganggu kelas..malam selasa ade pasar kt semarak...boleh la roger...hehe

No comments:

Post a Comment