Wednesday, September 7, 2011

Cerita Hati


7 September 2011

        Hari ini adalah hari yang amat memenatkan buat diriku dari sudut fizikal dan mental.Pada hari ini,aku dan rakan-rakan seperjuangan yang lain menerima kedatangan pelajar  Ijazah Sarjana Muda yang baru.

          Tugasan yang sepatutnya aku lakukan untuk menyambut kedatangan pelajar baru adalah untuk berada di Blok E iaitu blok dimana pelajar lelaki akan ditempatkan.Tetapi,apabila aku melihat ramai Pembantu Urusetia telah berada di blok tersebut dan kebanyakkan telah tahu kedudukan bilik di setiap aras.Jadi aku merasakan tenaga aku tidak diperlukan disitu untuk menjadi penunjuk arah bilik.

          Jadi aku beralih kepada tugasan yang memerlukan banyak tenaga.Pada pagi hari,aku memulakan tugasan dengan menempah ais dengan kak zam yang bekerja di kafe.Selepas itu,aku bersiap-siap pakai baju yang sesuai untuk menyambut kedatangan pelajar baru.Aku dan rakan jaksa lelaki yang seorang lagi telah mengambil keputusan untuk memakai baju t-shirt berkolar,seluar slack dan berkasut kulit hitam.

          Selepas bersiap-siap,aku pun menuju ke pejabat pengurusan untuk membuat persediaan menyambut pelajar baru.Kira-kira dalam pukul 9 lebih kelihatan pelajar baru yang sudah selesai mendaftar di stadium tertutup nilai.Sebelum menyambut pelajar baru,aku membantu mengangkat barang untuk jualan jaksa.

          Setelah selesai,aku pun pergi ke pintu pagar sambil membawa troli untuk membantu pelajar baru yang membawa banyak barang.Aku ditemani sahabat bekas sebilik lama iaitu sofian untuk membantu pelajar2 baru memunggah barang hingga ke bilik.

          Pelajar baru yang pertama kami tolong ialah pelajar lelaki.Alhamdulillah pelajar tersebut tidak membawa banyak barang.Jadi kami pun berbual-bual dengan mak pelajar tersebut sambil bertanyakan khabar.Sesudah sahaja sampai ke bilik,kami mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka.Niat kami hanya ingin membantu pelajar baru tunjuk arah bilik tetapi mak pelajar lelaki tersebut telah menghulurkan sekeping not rm 10 kepada kami berdua.Mulanya kami menolak,tetapi setelah dipujuk oleh mak pelajar tersebut,kami ambil not rm10 tersebut.

          Macam-macam pertanyaan oleh ibubapa pelajar baru kepada kami.Kami dengan sehabis baik menjawab soalan tersebut dengan penuh hikmah.Setelah beberapa ketika membantu pelajar baru memunggah barang menggunakan troli hingga ke blok masing-masing,kami pun terpisah.

          Pada hari ini juga,aku terasa dengan seorang rakan jaksa perempuan yang tidak sayangkan mulutnya.Aku tidak kisah apabila dia keluarkan arahan dengan cara berhikmah walaupun aku dalam keadaan penat.Tapi tadi arahan yang dikeluarkan dengan selamba menyuruh jaksa lelaki dengan tidak berhikmah.Ikutkan hati aku mahu mengexpresikan kemarahan aku kerana aku terlalu penat menolong pelajar-pelajar baru memunggah barang.

          Tetapi aku teringat dengan peristiwa di zaman rasulullah S.A.W.Dimana ketika itu,Saidina Umar Al-Khattab di caci didalam satu majlis oleh seorang lelaki arab.Pada kali pertama dicaci,Saidina Umar boleh bersabar tetapi setelah banyak kali dicaci,Umar al-khattab memarahi lelaki tersebut semata-mata untuk mempertahankan diri.

          Pada ketika itulah,Nabi Muhammad S.A.W keluar dari majlis tersebut.Setelah selesai,Umar al-khatab bertanya kepada Nabi kenapa Nabi Muhammad S.A.W keluar ketika Umar al-Khattab mempertahankan diri dari dicaci yang berlebihan tersebut,Nabi pun bersabda’Ketika ko menahan marahmu,aku melihat malaikat rahmat memayungi mu,tetapi ketika mula marah,tempat malaikat rahmat telah digantikan oleh syaitan laknatullah,jadi aku pun keluar dari majlis itu”.

          Jangan berlagak orang besar,Jangan hanya pandai keluarkan arahan,tetapi pikirkanlah perasaan orang.Bercakaplah dalam keadaan berhikmah ketika ingin meminta tolong.Paham!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Jangan nak berlagak orang besar la!!!!Pandai la aku nak wat kerja!!Jaga mulut!!!

No comments:

Post a Comment