7 September 2011
Hari
ini adalah hari yang amat memenatkan buat diriku dari sudut fizikal dan
mental.Pada hari ini,aku dan rakan-rakan seperjuangan yang lain menerima
kedatangan pelajar Ijazah Sarjana Muda
yang baru.
Tugasan
yang sepatutnya aku lakukan untuk menyambut kedatangan pelajar baru adalah
untuk berada di Blok E iaitu blok dimana pelajar lelaki akan
ditempatkan.Tetapi,apabila aku melihat ramai Pembantu Urusetia telah berada di
blok tersebut dan kebanyakkan telah tahu kedudukan bilik di setiap aras.Jadi
aku merasakan tenaga aku tidak diperlukan disitu untuk menjadi penunjuk arah
bilik.
Jadi aku
beralih kepada tugasan yang memerlukan banyak tenaga.Pada pagi hari,aku
memulakan tugasan dengan menempah ais dengan kak zam yang bekerja di
kafe.Selepas itu,aku bersiap-siap pakai baju yang sesuai untuk menyambut
kedatangan pelajar baru.Aku dan rakan jaksa lelaki yang seorang lagi telah
mengambil keputusan untuk memakai baju t-shirt berkolar,seluar slack dan
berkasut kulit hitam.
Selepas
bersiap-siap,aku pun menuju ke pejabat pengurusan untuk membuat persediaan
menyambut pelajar baru.Kira-kira dalam pukul 9 lebih kelihatan pelajar baru
yang sudah selesai mendaftar di stadium tertutup nilai.Sebelum menyambut
pelajar baru,aku membantu mengangkat barang untuk jualan jaksa.
Setelah
selesai,aku pun pergi ke pintu pagar sambil membawa troli untuk membantu
pelajar baru yang membawa banyak barang.Aku ditemani sahabat bekas sebilik lama
iaitu sofian untuk membantu pelajar2 baru memunggah barang hingga ke bilik.
Pelajar
baru yang pertama kami tolong ialah pelajar lelaki.Alhamdulillah pelajar
tersebut tidak membawa banyak barang.Jadi kami pun berbual-bual dengan mak
pelajar tersebut sambil bertanyakan khabar.Sesudah sahaja sampai ke bilik,kami
mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka.Niat kami hanya ingin membantu
pelajar baru tunjuk arah bilik tetapi mak pelajar lelaki tersebut telah
menghulurkan sekeping not rm 10 kepada kami berdua.Mulanya kami menolak,tetapi
setelah dipujuk oleh mak pelajar tersebut,kami ambil not rm10 tersebut.
Macam-macam
pertanyaan oleh ibubapa pelajar baru kepada kami.Kami dengan sehabis baik
menjawab soalan tersebut dengan penuh hikmah.Setelah beberapa ketika membantu
pelajar baru memunggah barang menggunakan troli hingga ke blok
masing-masing,kami pun terpisah.
Pada hari
ini juga,aku terasa dengan seorang rakan jaksa perempuan yang tidak sayangkan
mulutnya.Aku tidak kisah apabila dia keluarkan arahan dengan cara berhikmah
walaupun aku dalam keadaan penat.Tapi tadi arahan yang dikeluarkan dengan
selamba menyuruh jaksa lelaki dengan tidak berhikmah.Ikutkan hati aku mahu
mengexpresikan kemarahan aku kerana aku terlalu penat menolong pelajar-pelajar
baru memunggah barang.
Tetapi aku
teringat dengan peristiwa di zaman rasulullah S.A.W.Dimana ketika itu,Saidina
Umar Al-Khattab di caci didalam satu majlis oleh seorang lelaki arab.Pada kali
pertama dicaci,Saidina Umar boleh bersabar tetapi setelah banyak kali
dicaci,Umar al-khattab memarahi lelaki tersebut semata-mata untuk
mempertahankan diri.
Pada
ketika itulah,Nabi Muhammad S.A.W keluar dari majlis tersebut.Setelah
selesai,Umar al-khatab bertanya kepada Nabi kenapa Nabi Muhammad S.A.W keluar
ketika Umar al-Khattab mempertahankan diri dari dicaci yang berlebihan
tersebut,Nabi pun bersabda’Ketika ko menahan marahmu,aku melihat malaikat
rahmat memayungi mu,tetapi ketika mula marah,tempat malaikat rahmat telah
digantikan oleh syaitan laknatullah,jadi aku pun keluar dari majlis itu”.
Jangan
berlagak orang besar,Jangan hanya pandai keluarkan arahan,tetapi pikirkanlah
perasaan orang.Bercakaplah dalam keadaan berhikmah ketika ingin meminta tolong.Paham!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Jangan
nak berlagak orang besar la!!!!Pandai la aku nak wat kerja!!Jaga mulut!!!