Puasa?
Apa yang kamu tahu mengenai puasa?
Puasa kita mencukupi syaratkah?
Ya,ramai yang thu apa itu puasa,tapi berapa ramai yang thu erti puasa yang sebenarnya?
Kebanyakkan manusia sekarang tahu erti puasa hanya dari segi definisinya.Tak ramai yang tahu disebalik perkataan puasa itu sendiri.
Alah,tak payah nak tahu lebih-lebih.Cukup saja tahu puasa itu menahan diri daripada lapar.Ok stop.
Ok,pernah dengar tak hadis nabi yang mengatakan berapa ramai yang dapat berpuasa hanya dapat lapar sahaja?Pernah dengar tak?
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (Riwayat Bukhari)
Tujuan sebenar berpuasa ialah melemahkan hawa nafsu yang buruk.Apa tu nafsu yang buruk?boleh terang sikit?
Ok,kalau di bulan-bulan lain,sedar atau tidak,mulut kita tidak dijaga dengan mengumpat,kaki kita tidak dijaga dengan pergi ke tempat maksiat,tangan kita tidak dijaga dengan menulis perkara-perkara fitnah seperti yang dilakukan oleh kebanyakkan blogger sekarang ini,mata kita digunakan untuk melihat maksiat ataupun dengan erti kata yang lain semua itu adalah angkara godaan nafsu yang sentiasa membisik untuk melakukan kejahatan ditambah dengan bisikan syaitan.
Jadi,Allah S.W.T mengajar hamba-hambanya dengan mewujudkan 1 bulan khusus untuk menyucikan diri dari segala dosa.Itulah bulan ramadhan al-mubarak.
Perjuangkan menundukkan nafsu di bulan yang suci ini supaya puasa kita diredhai.
No comments:
Post a Comment