Saya percaya ramai yang mempunyai pengalaman yang manis atau pahit ketika di bulan ramadhan.Pada entry kali ini,saya ingin mengungkap kembali pengalaman-pengalaman yang berlaku keatas diri saya ketika bulan ramadhan yang berkat ini...:D
1. Kejadian ini berlaku pada 13 April 1991.Ketika itu waktu sahur menghampiri.Abahku kerisauan(kegembiraan) kerana Umiku masuk hospital.Ketika itu juga semua ahli keluargaku turut risau kegembiraan.Sebenarnya pada waktu tersebut aku turun ke dunia ini sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ni.Umiku masuk hospital kerana melahirkan aku.hehe....jadi,sebenarnya tanggal 13 April 1991 ialah aku lahir ke dunia ini.Tarikh bermulanya aku sebagai hamba ALLAH.
2. Berlaku ketika aku berumur 9 tahun.Kejadian itu berlaku ketika tahun 2000,hari jumaat bersamaan dengan 18 ramadhan.Setelah selesai menunaikan solat subuh bersama ayah di masjid,kami pun pulang ke rumah.Tetapi setelah membuka pintu ramai,aku melihat mak dan ahli keluarga yang lain berkumpul di satu sudut disebuah bilik sambil membaca surah yassin.
Aku tertanya-tanya didalam hati,'Apakah yang berlaku?'..Aku pun merapati di sudut tersebut.Aku amat terkejut kerana melihat kakakku terbaring di atas katil sambil memakai kain telekung.Aku melihat kakakku itu dan aku terus mencapai al-quran untuk dibaca surah yassin kepada kakakku itu.Aku melihat kakakku semput nafas umpama dia tidak lama lagi diatas muka bumi ini.Ayahku mengajarku kakakku ucapan syahadah kerana ayahku sedar bahawa tuhan sedang menarik nyawa kakakku itu.Setelah beberapa ketika,kakakku tidak sedarkan diri lagi.Masa itu,aku yang tidak tahu apa-apa telah mengalirkan air mata.
Semua ahli keluargaku yang tengah membaca surah yassin berhenti seketika kerana melihat kakakku itu tidak sedarkan diri lagi.Allah lebih sayangkan kakakku itu dengan memanggil kakakku menghadap-Nya pada usia yang muda iaitu pada umur 20-an.Aku ingat lagi sehari sebelum arwah kakakku menghadap illahi,arwah telah memberiku roti dan air soya untuk dimakan.Roti dan air tersebut ayahku beli untuknya tetapi dia tidak berselera untuk menjamahnya.Itulah kenangan terakhir aku bersama arwah kakakku sebelum dia menghadap illahi pada keesokkan harinya.Setelah beberapa bulan,tercipta satu lagu yang berjudul SITI KHADIJAH.Bila aku mendengar lagu tersebut,aku teringatkan arwah kakakku itu kerana arwah juga bernama SITI KHADIJAH....Semoga arwah kakakku dicucuri rahmat dan bersama dikalangan golongan orang-orang yang soleh..AL-FATIHAH.........
to be continue........
No comments:
Post a Comment