Thursday, August 25, 2011

Kad Raya Usim

Kad Raya Usim......

Semalam tengah duk men fb terjumpa pages usim..Pastu pages tu offer hntr ucapan raya gune kad raya yang ada dalam tu.Ana pun pe lagi...download sume kad araya yang ada dalam pages usim tu...Nasib baik sumenye cantik2 belaka..bolehla simpan tuk raya2 yang akan datang...:)...Antara kad2 raya yang telah ku ambil dari pages fb usim tu..Sape2 yang nak,ambeklah..tidak kukisah sama sekali....:)
Kad Raya 1

Kad Raya 2

Kad Raya 3


Kad Raya 4

Kad Raya 5



Sempena Hari Raya yang bakal menjelang,Disini ana menyusun 10 jari,memohon ampun dan maaf kepada pembaca2 blog ini jika ada salah dan silap....dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada muslimin dan muslimat di seluruh dunia khususnya di MAlAYSIA!!!...:)...Lupe kite akan sambut hari kemerdekaan jugak nnti..jadi SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN untuk warga malaysia....!!

Saturday, August 20, 2011

Pengalaman di bulan ramadhan bulan berkat...

Banyak kisah-kisah sejarah islam yang berlaku di bulan ramadhan.Kisah itu mengajar kita umat islam untuk terus berjuang dalam menegakkan agama islam.Antaranya ialah berlaku ketika zaman Rasulullah S.A.W iaitu perang BADAR.Di dalam peperangan tersebut umat islam hanya dianggotai seramai 313 orang,manakala orang kafir musyrikin mekah dianggotai seramai 1000 orang.Tetapi dengan ketaqwaan dan keimanan yang tinggi kepada ALLAH S.W.T,umat islam memperoleh kemenangan walaupun jumlahnya hanya 313 orang.

Saya percaya ramai yang mempunyai pengalaman yang manis atau pahit ketika di bulan ramadhan.Pada entry kali ini,saya ingin mengungkap kembali pengalaman-pengalaman yang berlaku keatas diri saya ketika bulan ramadhan yang berkat ini...:D

1. Kejadian ini berlaku pada 13 April 1991.Ketika itu waktu sahur menghampiri.Abahku kerisauan(kegembiraan) kerana Umiku masuk hospital.Ketika itu juga semua ahli keluargaku turut risau kegembiraan.Sebenarnya pada waktu tersebut aku turun ke dunia ini sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ni.Umiku masuk hospital kerana melahirkan aku.hehe....jadi,sebenarnya tanggal 13 April 1991 ialah aku lahir ke dunia ini.Tarikh bermulanya aku sebagai hamba ALLAH.

2. Berlaku ketika aku berumur 9 tahun.Kejadian itu berlaku ketika tahun 2000,hari jumaat bersamaan dengan 18 ramadhan.Setelah selesai menunaikan solat subuh bersama ayah di masjid,kami pun pulang ke rumah.Tetapi setelah membuka pintu ramai,aku melihat mak dan ahli keluarga yang lain berkumpul di satu sudut disebuah bilik sambil membaca surah yassin.

Aku tertanya-tanya didalam hati,'Apakah yang berlaku?'..Aku pun merapati di sudut tersebut.Aku amat terkejut kerana melihat kakakku terbaring di atas katil sambil memakai kain telekung.Aku melihat kakakku itu dan aku terus mencapai al-quran untuk dibaca surah yassin kepada kakakku itu.Aku melihat kakakku semput nafas umpama dia tidak lama lagi diatas muka bumi ini.Ayahku mengajarku kakakku ucapan syahadah kerana ayahku sedar bahawa tuhan sedang menarik nyawa kakakku itu.Setelah beberapa ketika,kakakku tidak sedarkan diri lagi.Masa itu,aku yang tidak tahu apa-apa telah mengalirkan air mata.

Semua ahli keluargaku yang tengah membaca surah yassin berhenti seketika kerana melihat kakakku itu tidak sedarkan diri lagi.Allah lebih sayangkan kakakku itu dengan memanggil kakakku menghadap-Nya pada usia yang muda iaitu pada umur 20-an.Aku ingat lagi sehari sebelum arwah kakakku menghadap illahi,arwah telah memberiku roti dan air soya untuk dimakan.Roti dan air tersebut ayahku beli untuknya tetapi dia tidak berselera untuk menjamahnya.Itulah kenangan terakhir aku bersama arwah kakakku sebelum dia menghadap illahi pada keesokkan harinya.Setelah beberapa bulan,tercipta satu lagu yang berjudul SITI KHADIJAH.Bila aku mendengar lagu tersebut,aku teringatkan arwah kakakku itu kerana arwah juga bernama SITI KHADIJAH....Semoga arwah kakakku dicucuri rahmat dan bersama dikalangan golongan orang-orang yang soleh..AL-FATIHAH.........

to be continue........