Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia
bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung.....
Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah
mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam
menunjukkan pukul 1.00 tghhari. tiba di suatu simpang jalan, mereka
terdengar suara tangisan kanak-kanak.
Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian
menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok
Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam
keadaan begitu?
Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa
kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar
dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat
panjang begitu juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya
juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan.
Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan
oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi.
Tok Dahaman bertanya dimana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada
pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah
anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.
Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk
memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang
perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman
menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat
mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia
dengan pandangan mata kasar.
Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening.
Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap
benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti
kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka
memakai tulang ayam bersilang di rambutnya.
Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan
segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.
Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan
isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh
isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri
mencari syaitan jantan di tempat org lelaki.
Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu
banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai.
Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn
memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg
memasak tidak membaca Bismillah...), syaitan-syaitan tersebut ada yg
meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk... Ada
juga yg muntah ke dalam makanan,ada yang bergayut di bahu, duduk di
kepala dan riba manusia.
Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak
tergamak untuk makan org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat
kelakuan Tok Dahaman pada hari itu.
Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa
mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk
mengalahkan manusia di rumah kenduri.
Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan tersebut.
Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman
pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan
tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat
terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.
Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari
pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula,
keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan
betina yang sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di
bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg
membawa anak mereka.
Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa
mereka. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai
makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil
bergayut di jendela rumah
Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik
pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan Isteri Tok
Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut
yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt
menggerunkan.
Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman
bercakap dengan cermin tempat bersolek.
Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai
tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang
mahu percaya atau tidak. Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh
menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan.
Sebelum makan, sebut lah nama Allah...atau sekurang-kurangnya bacalah
BISMILLAH.....
DIPETIK DRP MAJALAH IKTIBAR, EDISI PENGENALAN, CETAKAN PERTAMA 1999.
Wallahualam MORAL OF THE STORY; APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU MULAKAN
DENGAN UCAPAN BISMILLAH...
semoga hari ini lebih baik dari semalam.
No comments:
Post a Comment