Sunday, April 24, 2011

Final Exam!!!Study!!

Tidak lama lagi aku akan berperang dengan kertas....Tarikh2 keramat ku 26,29,,4,5,12...Terlebih dahulu aku ingin mintak maaf kepada sesiapa yg berkenaan sama ada sedar atau tidak kesilapanku itu.

26 aribulan tu paper dakwah ngan communication massa.naseb bek la massa tu sikit je tajuk yang masuk final.Yang x tahan dakwah tu wei,kene baca satu buku.29 pulak periksa arab sosial.Teringat plak kat lecturer tuk arab sosial ni ustaz zainal.4 haribulan 5 plak periksa ICT.ICT ni plak boleh tahan.Banyak gak yang kene bace.5.5 plak periksa tech comm..naseb bek tech com tuk carry mark aku ok.Periksa nnti aku kene target gak la tuk pointer tinggi.Last sekali periksa perniagaan pada 12.5.

Sekali lagi ku mohon seribu kemaafkan kepada sesiapa yang aku pernah wat silap.Mesti korang da familiar ngan kata2 ni kan 'sedangkan nabi pernah maafkan umat,apatah lagi kita manusia biasa.'so,marilah kita saling bermaaf-maafan.

AKHIR KATA-GOOD LUCK TO USIM STUDENT FOR YOUR FINAL EXAM ESPECIALLY FOR MY ARABIC AND COMMUNICATION BATCH!!GOOD LUCK TO YOUR ALL!!!-

p/s=sebelum periksa nnti jgn lupe bace doa tuk keberkatan ye.....(^_^)

Tips mudah nak jadi orang baik...



1.Ingat kebaikan orang lain kepada kita

2.Ingat kesalahan kita kepada orang

3.Lupa kebaikan kita pada orang lain

4.Lupa kesalahan orang pada kita.

Friday, April 22, 2011

Jom Ramai2 Tayang Gambar Di Facebook.....

(1) “ Perempuan ...yg memotong badannya sendiri dgn gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kpd org lain.”

Yang dimaksudkan oleh hadith tersebut ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.

Oleh itu janganlah seorang wanita meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat ATAU berhias cantik di dalam internet samada dalam frienster, fb atau lainnya sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwwah.

Menyertai FB tidak semestinya perlu menonjolkan kecantikan wajah atau tubuh badan.

Menulis dengan tulisan-tulisan yang baik juga boleh merapatkan ukhuwwah & mengembangkan tali persahabatan sesama manusia.

(2) Wajah wanita adalah sebesar-besar FITNAH yang mengundang pelbagai maksiat dan dosa.
Lagipun wanita adalah fitnah terbesar bagi lelaki.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita … .”(QS. Ali Imran : 14)

(3) Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberikan peringatan dari fitnahnya sebagaimana yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari shahabat Abu Said Al Khudri radliyallahu ‘anhu, beliau bersabda : “Hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita karena sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah wanita.”

(4) Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengisyaratkan dengan sabdanya : “Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaithan dan membelakang dalam bentuk syaithan.”

Para wanita menyerupai syaithon karena ia sebagai penyebab timbulnya fitnah bagi laki-laki seperti pernyataan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di atas. Oleh karena itu hendaklah para wanita bertakwa kepada Allah dengan menjaga dirinya dan menjaga kaum lelaki dari fitnah yang ditimbulkan karenanya.

(5) Sabda RASULULLAH S.A.W.;

Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita. (Muttafaq ‘alaihi)

(6)Jarir bin ‘Athiyyah al-Khathafi bersenandung:
Sesungguhnya indahnya mata-mata hitam wanita jelita
Telah membunuh kita dan tiada lagi menghidupkannya
Mereka pun taklukkan si cerdas hingga tiada berdaya

Sedang mereka manusia paling lemah dari ciptaan-Nya
Berdasarkan dalil2 ini dan ilmu2 yang ana belajar, jika ditanya pada ana bolehkah muslimah memaparkan gambarnya pada lelaki bukan mahram umpamanya di Friendster, facebook atau sebagainya, maka jawabnya walau menutup aurat sekalipun tidak boleh dan inilah sebaik-baik jawapan. Pakai tudung atau pakai niqob juga tidak perlulah dipaparkan untuk tontonan umum. Jika benar niat kita pakai untuk Allah maka kenapa ingin pula dipaparkan pada lelaki bukan mahram? Cukuplah diletakkan gambar2 masjid atau gambar2 lain, tidak perlu paparkan kejelitaan yang kita ada ini pada bukan mahram.

Ada yang memberi alasan bahawa dipaparkan gambar dengan niat untuk kawan2 lama kenal. Maka jawabnya tidak semestinya dengan memaparkan gambar maka kawan2 lama akan kenal, mungkin ada banyak lagi prkara lain yg boleh dibuat supaya orang kenal umpamanya melalui tulisan dan sebagainya, ini semua alasan semata-mata untuk membenarkan apa yang kita buat.