Tuesday, November 23, 2010

Jenis-jenis cinta menurut Imam Ibnu al-Qayyim

Marilah kita melihat apa yang telah disebut oleh Imam Ibnu al-Qayyim:
"Di sini ada empat jenis kecintaan yang mesti dibezakan antara satunya.Orang yang
tidak membezakannya akan pasti tersesat:

Pertama:Cintakan Allah S.W.T.Dengan semata-mata cintakan Allah S.W.T tidak memadai untuk menyelamatkan diri daripada Allah S.W.T dan azabNya serta bagi mendapatkan ganjarannya kerana orang musyrikin,Kristian dan Yahudi juga cintakan Allah S.W.T.

Kedua:Cintakan apa yang Allah S.W.T suka.Inilah yang menyebabkan manusia masuk Islam dan mengeluarkannya daripada kekufuran.Orang yang paling dicintai oleh Allah S.W.T ialah orang yang paling kuat kecintaanya jenis ini.

Ketiga:Cinta kerana Allah S.W.T.Ia adalah rentetan daripada cintakan apa yang disukai oleh Allah S.W.T.Kecintaan terhadap apa yang disukai oleh Allah S.W.T tidak akan teguh melainkan dengan mencintai keranaNya.

Keempat:Cinta kepada makhluk disamping cintakan Allah S.W.T merupakan cinta syirik.Semua orang yang mencintai sesuatu disamping kecintaannya kepada Allah S.W.T,bukan kerana Allah S.W.T dan bukan untukNya bermakna telah menjadikan syirik dan sekutu selain daripada Allah S.W.T.Inilah adalah cinta di kalangan orang-orang musyrikin.

Cinta jenis kelima dan tidak termasuk dalam perbicangan kita ialah cinta tabi'i yang ada pada manusia iaitu kecenderungan manusia kepada sesuatu yang sesuai dengan sifat tabi'i dalam dirinya seperti cinta orang yang dahaga kepada air,cinta orang yang lapar kepada makanan ,suka tidur,cintakan kepada isteri dan anak.Semua itu tidak dicela melainkan apabila ia melalaikan daripada mengingati Allah S.W.T.
(Lihat al-jawab al-Kahfi,hal.134)

2 comments:

  1. jadi cinta pada manusia adalah syirik?

    ReplyDelete
  2. @cik kechiks...:cube bace yg last sekali tu....mesti cik kechiks paham...

    ReplyDelete