Monday, January 31, 2011

Kenapa aku diuji??


Artikel untuk renungkan bersama...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KENAPA AKU DIUJI ?
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja ) mengatakan : “kami telah beriman “, sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah, ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahuinya.

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah, ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

RASA KECEWA?
Surah Al-Imran, ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang2 yang beriman.

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Surah Al-Imran, ayat 200
Hai orang2 yang beriman,”bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetapkanlah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.
Surah Al-Baqarah, ayat 45 Dan mintalah pertolongan (kepadaAllah) dengan jalan sabar dan solat. Dan sesungguhnya solat itu amatlah berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Surah At-Taubah, ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dan memberikan syurga untuk mereka.

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? Surah At-Taubah, ayat 129 Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Allah selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakal.

AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!
Surah Yusuf, ayat 37
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Saturday, January 29, 2011

5 syarat kalau ingin buat maksiat

Saya ingin berkongsi satu artikel yang saya copy dari laman sosial terkenal yang saya fikir untuk direnung-renungkan....

____________________________________________________________________

Ada seorang lelaki yang suka berbuat maksiat.... Kemudian dia mendatangi seorang ulama dan bertanya tentang dirinya yang suka berbuat kejahatan. Lelaki : Wahai ulama, aku sering melakukan kejahatan. Adakalanya terniat di hatiku untuk berhenti melakukan n...ya, tetapi kebiasaan aku melakukan kejahatan mengatasi niat hatiku untuk berhenti. Ulama : Boleh..... Engkau boleh terus lakukan kejahatan kepada Allah. Lelaki itu bingung.... Bagaimana yah ulama ini, orang selalu mencegah dari berbuat kejahatan, tapi dia berkata BOLEH....???!!! Lelaki itu melihat ulama itu tersenyum.... Ulama : Tapi ada 5 syarat yang harus engkau tunaikan..... Lelaki : Apa syaratnya....??? Ulama : Syarat pertama, JANGAN TINGGAL DI BUMI ALLAH..... Lelaki : Mana mungkin, wahai ulama...!!! Kalau begitu, di mana aku mau tinggal...??? Ulama : Syarat kedua, JANGAN SEDUT OKSIGEN ALLAH..... Lelaki : Mustahil wahai ulama...!!! Kalau aku tidak sedut oksigen, maka matilah aku..... Ulama : Syarat ketiga, JANGAN MAKAN REJEKI ALLAH..... Lelaki : Itu ternyata mustahil wahai ulama...!!! Selama ini rejekiku semuanya Allah yang memberi..... Ulama : Syarat terakhir, kalau kau masih mau buat kejahatan, APABILA DATANG MALAIKAT IZRAIL UNTUK MENCABUT ROHMU, KATAKANLAH : TUNGGU SEBENTAR WAHAI IZRAIL, AKU MAU KEMBALI MEMBUAT AMAL KEBAIKAN.... Jika engkau berjaya menunaikan walaupun 1 daripada syarat tersebut, maka aku tidak akan menghalang engkau berbuat kejahatan! Lelaki : Mustahil....!!! Mustahil...!!! Mustahil....!!! Aku tidak mampu melakukan itu semua...!!! Ya Allah, ampuni aku Ya Allah...!!! Aku bertaubat, Ya Allah...!!! Aku bertaubat...!!! Betapa banyaknya nikmat yang telah Kau berikan selama ini... Terima kasih Ya Allah......

Friday, January 28, 2011

Hakikat Kehidupan...(sekadar renungan)

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)........ Kalong

....... T E T A P I...
KITA JUGA LUPA......
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- Madinah ---- Mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100..00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ....

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU.....

7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..
dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...


.......infiniti. ......

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassalam.



p/s: Kalau rajin... hmmm. .kalu rajin la... Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Friday, January 14, 2011

Mari Belajar Bahasa Arab:Matan Bina(Nahu)

*Klik gambar untuk besarkan

Mari Belajar Bahasa Arab:perbualan ringkas

* كـَــم ِ السـّـَاعـَــةِ الآنَ يَـا بَـدْر ِى؟
Kamis saa’atil aana ya Badri?
* Pukul berapakah sekarang hai Badri?

# السّـَـاعـَـة ُ السّـَـابـِــعـَــة ُ بـِـالضـّـَبـْـطِ
As-saa’atus saabi’atu bidhobti (bidhobt).
# Pukul tujuh tepat.

* هـَـلْ سـَـاعـَـتـُـكَ مـَـضـْـبـُـوطـَـة ًٌ؟
Hal saa’atuka madhbuutotun (madhbuutoh)?
* Apakah jam awak itu tepat?

# أ َظـُـنـّـُــهـَـا مـَـضـْـبـُـوطـَـة ٌ، وَكـَيـْـفَ سـَـاعـَتـُكَ يـَا خـَـيـْـر ِى؟
Azunnuha madhbuutotun (madhbuutoh), wa kaifa saa’atuka ya Khairi?
# Saya kira jam saya tepat, dan bagaimana dengan jam awak hai Khairi?

* سَـاعـَـتـِـى مُـتـَـأ َخـِّـرَة ٌ خـَـمـْـسَ دَقـَـائِـقَ، مَـتـَـى سَـيُــبـْـدَأ ُ الدّ َرْسُ؟
Saa’atii muta’akhirotun khomsa daqoo’iqo (daqoo’iq), mataa wayabda’ud darsu (dars)?
* Jam saya lambat lima minit, bilakah pelajaran bermula?

# سَـيُــبـْـدَأ ُ الدّ َرْسُ فِى السـّـَـاعـَـةِ الثـّـَـامِـنـَـةِ
وَالرّ ُبـْـع

Sayabda’ud darsu fis saa’atith thaaminati war rub’i (war rub’).
# Pelajaran bermula pada pukul 8 suku.

* وَمَـتـَـى سَـيَـنـْـتـَـهـِـى إ ِنْ شـَـاءَ اللهُ؟
Wa mataa sayantahii in sya Allahu (in sya Allah)?
* Dan bilakah pelajaran itu akan berakhir?

# سَـيَـنـْـتـَـهـِـى فِى السـّـَـاعـَـةِ الـْـعَـاشـِـرَةِ وَالنـِّـصـْـفِ إ ِنْ شـَـاءَ اللهُ
Sayantahii fis saa’atil ‘aasyiroti wan nisfi in sya Allahu (in sya Allah).
# Akan berakhir pada jam sepuluh setengah insyaAllah.

* إ ِذ َنْ هَـيّـَـا نـَـسـْـتـَـعِـدّ ُ لـِلـذِ ّهَـابِ إ ِلـَـى الـْـمَـدْرَسَـةِ
Izan hayya nasta’iddu lizzihaabi ilal madrosati (madrasah).
* Kalau demikian, marilah kita bersiap untuk pergi ke sekolah.

# نـَـعـَـمْ، هَـيّـَـا بـِـنـَـا
Na’am, hayya binaa.
# Ye, ayuhlah.