Monday, December 27, 2010

Penemuan Sains Membenarkan Al-Quran


Ana terbaca satu artikel yang agak menarik untuk dikongsi.Sampaikan walau satu ayat.Renung2kan.......



Penemuan-penemuan semasa perlu dimanfaatkan untuk mengukuhkan kefahaman berhubung sesuatu ayat serta sekaligus menampakkan keunggulan Al-Quran.Terdapat banyak ayat berkaitan dengan alam dan sains yang baru difahami pada hari ini antaranya ayat yang berkaitan dengan pengembangan alam.Allah SWT berfirman dengan maksud,"Dan langit Kami bangun dengan kekuasaan Kami dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya...."dalam surah Az-Zariyat ayat 47.Ayat ini menceritakan pengembangan alam dan sehubungan dengan ini As-Syeikh Said Hawa dalam "Al-asas fit Tafsir" berkata,"(Maksud ayat ini ialah)langit Allah SWT jadikan dalam keadaan mengembang secara berterusan.Ia juga bermaksud langit diluaskan oleh Allah SWT.Ayat ini ialah mukjizat berhubung kejadian alam...Ia menunjukkan ilmu Al-Quran amat jauh kehadapan,melampaui tempat serta zaman.Jika ada sesiapa menolak Al-Quran kerana menyangka dirinya maju dengan sainsnya,eloklah jika dia menilai semula dirinya sebelum terlambat."Pada tahun 1929M.tokoh astronomi dari Amerika,Edwin Hubble,dengan menggunakan alat yang canggih mendapati alam ini sebenarnya sedang mengembang.Semakin jauh sesebuah galaksi daripada bumi semakin cepat proses pengembangannya.Pada bulan Mei 9 1996,satu kenyataan akhbar dikeluarkan berhubung dengan teori pengembangan alam.Dua kumpulan saintis peringkat antarabangsa membuat kajian dengan menggunakan alat teleskop Hubble(NASA's Hubble Space Telescope) dan mereka mengesahkan teori ini.Malah mereka dapat mengukur kelajuan pengembangan alam ini sekaligus membenarkan firman Allah SWT.Sehubungan dengan ini penemuan-penemuan sains yang relevan perlu juga dimanfaatkan untuk memantapkan kefahaman berhubung sesuatu hukum,contohnya hukum pengaharaman babi.Allah SWT berfirman dengan maksud,"Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai,darah yang mengalir dan daging babi."SURAH AL-BAQARAH AYAT 173.Dalam 'Journal of Vorology-1997,'dipaparkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar sains yang dipimpin oleh DR.Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin.Penemuan mereka menunjukkan pada kerongkong babi ada sistem tertentu yang membolehkan virus yang berbagai-bagai,sama ada dari burung ataupun binatang lain memasukinya.Sistem ini mengubah kuman itu kepada suatu bentuk yang amat merbahaya bagi manusia.Justeru saintis menganggap babi sebagai 'mixing vessel' atau 'bahtera takung kuman' yang amat merbahaya bagi manusia.Fakta seperti ini membantu ke arah mengukuhkan kefahaman serta keyakinan berhubung hukum-hakam islam.

Ayat Al-Quran berhubung sains disahkan benar oleh saintis kontemporari.Profesor T.V.N Persaud ialah pakar dalam bidang astronomi dan Kesihatan Kanak-kanak di Universiti Manitoba,Kanada.Beliau mengarang lebih daripada 20 buku serta menulis lebih kurang 180 artikel berhubung sains.Pada tahun 1991 beliau dianugerahkan J.C.B Grant Award kerana sumbangannya dalam bidang sains.Selepas mengamati ayat-ayat Al-Quran berhubung kejadian manusia,beliau berkata,"Ia begitu tepat dengan penemuan semasa dan perkara ini tidak mungkin berlaku secara kebetulan.Saya tidak ada maslah untuk mengatakan ia pasti datang dari Tuhan."

Tuesday, December 21, 2010

Qalbun Salim:Hikmah Angka 5


~5 PERKARA YANG MESTI DIJAGA~

1.Agama
2.Jiwa
3.Maruah & Keturunan
4.Akal
5.Harta


^5 PESANAN ALLAH KEPADA RASULULLAH^
(Pada malam baginda diMikrajkan,allah berpesan kepada baginda dengan 5 perkara : )

*Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
*Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku
*Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
*Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
*Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

*5 PERTANYAAN MESTI DIJAWAB*

^ Apakah anda mampu menegur tanpa menimbulkan kemarahan?
^ Apakah anda mampu menolak tanpa mengecilkan hati?
^ Apakah anda mampu tertawa bersama bila kelucuan itu menyangkut diri anda sendiri?
^ Apakah anda mampu memelihara semangat jika menghadapi suatu kegagalan?
^ Apakah anda mampu tenang ketika menghadapi situasi darurat?

>5 PENAWAR KEPADA HATI<

> Bergaul dengan orang soleh
> Membaca Al-quran
> Mengosongkan perut
> Qiyamullail
> Bermunajat kepada Allah di waktu dinihari

} 5 PENYAKIT ORANG BERHARTA {

} Panjang angan-angan
} Tamak
} Bakhil
} Tiada sifat wara'
} Lupa akhirat

= 5 PUNCA KECELAKAAN IBLIS =

= tidak mengaku berdosa
= Tidak menyesal terhadap dosa.
= Sombong & tidak rasa hina diri
= Enggan bertaubat
= Putus asa terhadap rahmat Allah

] 5 PERKARA YANG TIDAK BOLEH DITANGGUH [

] Melayan & menjamu tetamu
] Mengurus Jenazah
] melunasi hutang
] Mengahwinkan anak perempuan apabila ia baligh
] Segera bertaubat

~ 5 RUKUN KECEMERLANGAN ~

~ Amanah
~ Kemesraan
~ Kepimpinan unggul
~ Akhlak mulia
~ Keperkasaan Jiwa


Sunday, December 19, 2010

Sekiranya Allah Tertidur.........



Diriwayatkan dalam sebuah kitab kaum Nabi MUsa A.S ada bertanya kepadanya,"Adakah Tuhan kamu itu pernah tidur wahai Musa?"Nabi Musa lalu menerangkan sebagaimana yang terkandung didalam kitab Taurat.Firman Allah,"Dia(Allah) tidak pernah mengantuk dan tidak pernah tidur."

Kemudian kaumnya bertanya lagi."Mustahil Tuhan kamu itu tidak pernah tidur."Allah S.W.T lalau menyuruh Nabi Musa mengambil 2 Biji botol dan botol itu dipegang,kemudian Allah pun menidurkan Nabi Musa.Semasa tidur,tanpa disedarinya maka terjatuhlah botol yang sedang dipegangnya itu pecah berderai.

Allah pun berfirman,"Wahai Musa!Katakanlah kepada umatmu,sekiranya Aku tertidur,maka akan binasalah seluruh alam ini.

Thursday, December 16, 2010

Kenapa Nafsu Degil



Dalam kitab karangan Usman bin Hassan bin Ahmad ada menceritakan Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud,"Wahai Akal!Mengadaplah engkau.Aku ingin taahu darimu siapakah Aku ini dan siapa pula engkau?"

Lalu akal menjawab.Engkau adalah Tuhan yang menjadikanku dan aku adalah hambamu yang lemah."Setelah itu Allah memanggil nafsu pula datang menghada,tetapi nafsu hanya mendiamkan diri.Begitulah sehingga 3 kali inayan dipanggil barulah ia datang mengadap.Allah berfirman padanya,"Siapakah engkau dan siapakah Aku?"

Jawab nafsu,"Engkau adalah Engkau dan aku adalah aku."Allah lalau menyeksanya dalam neraka jahim selama 100 tahun kemudian mengeluarkannya semula untuk disoal.Allah menyoal lagi,"Siapakag engkau dan siapakah Aku?"Jawab nafsu,:aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."Allah lalu memasukkannya ke dalam neraka juu" pula selama 100 tahun kemudian mengeluarkannya untuk disoal.

Kali ini barulah nafsu mengaku hakikat dirinya.Katanya,"aku adalah hambamu yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku yang Maha Kaya."Dalam kitab yang sama juga ada diterangkan dengan sebab itulah Allah telah mewajibkan puasa bagi mengekang nafsu yang jahat.

P/S:maknenyer x hairan la sekarang seks bebas berleluasa,bayi dibuang merata-rata..mak bapak jadi mangsa..wahai saudara seislamku..kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar.Berpegang la dengan Al-Quran dan As-sunnah.Kita semuanya sebenarnya diperbodohkan oleh paderi2 dan orang yahudi.Mereka semua mahu merosakkan kita sebelum munculnya Imam Mahdi yang akan memimpin kita.Kepada kaum perempuan jadilah wanita yang solehah,berpegang kuat dengan ajaran agama kerana kamu kaum perempuan merupakan pengikut paling ramai dajjal.Orang kafir sikit tidak gentar kepada kita siap mengatakan kita semua BODOH. Bacalah Artikel ini dan percaya lah....http://www.dinar-emas.com/vaticans.html#axzz18Eos3Ypw.....Ingat!!Sabda Nabi S.A.W 'Islam datang dalam keadaan asing dan kembali dalam keadaan asing'....so,xhairan lau ade peringatan diberikan ramai tidak percaya dan buat tidak tahu...